[VIDEO] “Confident Mamat Ni Leh G Jauh”..Lagu Iklan Beras Cap Rambutan….Terus Dapat Beras Percuma.
Pada sekitar era 1990-an beberapa lagu iklan dari pelbagai jenama menjadi siulan kanak-kanak dan remaja pada masa itu. Dari lagu iklan, nama jenama seperti beras Cap Rambutan, Adabi, dan lain-lain dikenali ramai. Malah ia antara cara promosikan sesuatu jenama yang boleh dikatakan agak berkesan.
Ini kerana pengguna akan mula terpengaruh untuk menggunakan sesuatu produk dari jenama popular bagi kegunaan harian. Malah boleh dikatakan lagu dari iklan-iklan ini masih segar di ingatan orang ramai yang membesar pada era itu. Manakan tidak jika iklan tersebut diulang berkali-kali di siaran televisyen.
Walau bagaimanapuun baru-baru ini tular di sosial media apabila seorang remaja lelaki menari TikTok lagu iklan beras Cap Rambutan. Lagu iklan ini juga antara yang popular pada era 1990-an tersebut. Memang terbaiklah lelaki ini!
Berikut adalah video lelaki menari TikTok lagu iklan beras Cap Rambutan yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:
Perkongsian video tersebut telah meraih lebih 1.1 juta u tontonan dan 35.6 ribu retweets serta 54.7 ribu likes. Rata-rata netizen terhibur dan kagum dengan lelaki ini.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress qe7S6SaJ]
Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Aku berkerut tengok n rasa nak nangis bila lagu gini pun boleh menari…”
“Yoppp, ngape lagu ini yang kome pilih yop oi. Lagu cucur badak adabi satu kali”
“Asal yang last tu macam nak berkokok je aku menangis tengok lawak sangat…”
Walaupun berdepan dengan banyak tanggapan negatif dan mungkin ramai yang tidak menyukai telatah pengguna aplikasi ini, namun pemuda ini Muhammad Shazani Shamsor, 19 tahun membuktikan sebaliknya apabila beliau berjaya mendapatkan beras dengan bermain TikTok.
Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mendapatkan beras untuk diri dan keluarganya, ia berlaku selepas tarian menggunakan lagu iklan beras Cap Rambutan mula tular di media sosial.
Bercerita kepada The Vocket, Shazani memberitahu video tariannya dengan lagu iklan beras Cap Rambutan mula tular selepas ia dikongsikan kembali netizen di media-media sosial.
Susulan daripada video berkenaan yang tular dan dikongsikan kembali, beliau kemudiannya menerima mesej daripada akaun media sosial beras Cap Rambutan sendiri yang berminat untuk menghadiahkan beras kepadanya sebagai penghargaan.
“Jika boleh adik bagi kami alamat postal dan nombor telefon, kami akan hantar beras kami untuk diberikan kepada adik dan keluarga,” tulis akaun Instagram Cap Rambutan Official.
Beliau bagaimanapun pada awalnya menolak pemberian tersebut dan meminta untuk beras berkenaan diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Namun setelah berbincang bersama keluarga, beliau telah memutuskan untuk menerima penghargaan yang diberikan jenama beras yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia itu.
“Mula-mula saya tolak, saya suruh bagi orang lain. Sebab dia kata sebagai penghargaan (saya terima).
“Kalau saya berkeras menolak macam kurang ajar sangat pula. Saya bincang dengan ibu bapa saya dan mereka kata jangan tolak, saya pun setuju,” ceritanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut mengenai challenge yang dibuatnya itu, Shazani menjelaskan lagu berkenaan sememangnya sudah tersedia di aplikasi berkenaan.
Namun, sebelum ini ramai yang menggunakannya untuk menemani video masakan dan bukannya melakukan tarian seperti yang dilakukannya sehingga meraih perhatian Cap Rambutan sendiri.
Jadi jika anda merupakan seorang yang berada di TikTok dan menghasilkan pelbagai konten di sana dan sering dipersoalkan oleh keluarga dan kenalan, mungkin kisah Shazani ini boleh dijadikan sebagai jawapan kepada mereka.
Setidak-tidaknya dengan menghasilkan konten di TikTok, pemuda ini telah berjaya mendapatkan beras untuk dirinya. Siapa tahu jika ada jenama lain yang berminat dengan apa yang dihasilkan anda selepas ini seperti yang terjadi kepada Shazani ini.
Kredit: HCL, TheVocket
You must be logged in to post a comment.