Hakim digesa ketepi pandangan agama ketika jatuh hukuman – Presiden Majlis Peguam

PETALING JAYA: Majlis Peguam dan bekas hakim menggesa hakim mahkamah rendah supaya tidak membuat kenyataan berunsur agama ketika menjatuhkan hukuman ke atas orang yang dituduh tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

Mereka berkata majistret dan hakim Mahkamah Sesyen juga perlu menerima nasihat Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menyentuh perkara itu.

Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir berkata, hakim bebas menimbangkan semua maklumat sebelum menjatuhkan hukuman.

“Sabitan terdahulu, persoalan berkaitan jenayah, kepentingan awam dan pemboleh ubah berkaitan undang-undang yang relevan adalah pertimbangan penting dalam proses menjatuhkan hukuman,” katanya.



Salim Bashir.

Beliau berkata komentar hakim tidak perlu merujuk kepada agama atau hukuman agama dalam menentukan ukuran hukuman.

“Tiada sesiapa boleh dihukum dengan keras atau sebaliknya diberi kelonggaran berdasarkan emosi atau ajaran agama,” tambahnya.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata, sistem perundangan Malaysia adalah sekular dan dikawal oleh undang-undang yang digubal di Parlimen.

“Ia tidak dikuasai oleh kandungan mana-mana agama pun. Tidak sebutan tentang neraka atau syurga dalam peruntukan hukuman Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang merupakan undang-undang yang bermatlamatkan pencegahan dan hukuman terhadap kegiatan rasuah,” katanya.



Campur tangan politik di mahkamah – Mantan Ketua Hakim Negara

Sebagai pelaksana keadilan sekular katanya, tidak tepat untuk merujukkan seorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan rasuah kepada ajaran agama hanya kerana beliau beragama Islam.



Gopal Sri Ram.

“Bagaimana jika kepercayaannya berbeza? Adakah kita akan tanganinya berdasarkan agama kepercayaannya?

“Isunya ialah rasuah yang merupakan kesalahan serius kerana ia menghakis struktur sosial dan melemahkannya.

“Tidak penting sama ada pelakunya seorang Islam, Hindu, Kristian atau Bahai. Beliau akan meringkuk dalam penjara, bukan di neraka,” tambahnya.

Mereka memberi reaksi terhadap kenyataan hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh, bahawa orang yang memberi dan menrima rasuah akan dihukum di neraka, dengan berkata, ia adalah peringatan kepada semua yang hadir di mahkamah.



Beliau membuat kenyatan itu sebelum menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000 atau empat bulan penjara ke atas pegawai imigresen, Zalizi Ismail, 26, yang mengaku bersalah menerima wang tunai RM12,000 daripada seorang lelaki minggu lalu.

Hakim itu turut menegur tertuduh kerana gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab diberikan untuk menjaga pintu masuk negara dengan melepaskan warga asing yang ditahan di KLIA.

 

Anwar sahkan Shafie Apdal menyokong usaha menjatuhkan Dr Mahathir



“Saya mahu kamu percaya dengan pengakuan salah itu. Kalau kamu dihukum di dunia, saya doakan ia cukup sebagai kifarah untuk kamu di akhirat,” katanya.

Zalizi menerima wang daripada Chu Wing Kong untuk mempercepatkan proses repatriasi dua tahanan Jabatan Imigresen, Zhou Guifang dan Zhu Xiangliang, ke China.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah stesen minyak di klia2.



Pada 1 Okt, hakim Mahkamah Rayuan Yaacob Sam juga menasihatkan hakim perbicaraan di mahkamah rendah mengelak daripada membangkitkan faktor agama apabila menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam.

Beliau berkata, semua orang yang dituduh mesti dilayan secara adil menurut undang-undang sejajar dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan menyentuh agama harus dielakkan. Adakah mahkamah akan mengambil pendekatan sama jika tertuduh bukan orang Islam?” soal Yaacob.

Beliau berkata, tiada perbezaan nilai moral sama ada pesalah beragama Islam atau tidak.

Yaacob, yang bersidang bersama-sama hakim P Ravinthran dan Ahmad Nasfy Yasin, membuat kenyataan itu ketika menolak rayuan pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara ke atas seorang penganggur yang menjalin hubungan sumbang mahram dengan menantu perempuannya.

Peguam Varpal S Sagoo, yang mewakili lelaki berusia 68 tahun itu, berkata, hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar dipengaruhi emosi semasa membuat penghakiman

 

Tips Menjatuhkan Kerajaan Tanpa Sebarang Usul Dari PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker