Tips Menjatuhkan Kerajaan Tanpa Sebarang Usul Dari PH

Oleh Ab Jalil Backer

Segala hiruk pikuk penolakan usul undi percaya yang dibuat PH ini hanyalah sandiwara politik untuk mewujudkan momentum supaya rakyat membenci kerajaan PN.

Mereka tahu usul mereka akan ditolak kerana telah jelas notis panggilan mesyuarat menyatakan tiada sebarang usul persendirian bagi sidang sehari kali ini.

PH sebenarnya tidak memerlukan usul undi percaya kepada Perdana Menteri untuk membuktikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.



Apa yang perlu mereka buat ialah meminta diadakan kiraan undi secara belah bagi untuk menolak usul-usul kerajaan yang dikemukakan pada 18 Mei 2020.

Andainya kerajaan kalah dalam pengundian meluluskan bajet tambahan nanti, maka secara moral kerajaan PN ini terbubar; dan Perdana Menteri perlu menasihati Yang Di Pertuan Agong membubarkan Parlimen.

Sekiranya tiada undian dibuat pada 18 Mei 2020 nanti, maka sidang Dewan Rakyat pada Julai 2020 nanti boleh digunakan sepenuhnya oleh PH untuk menjatuhkan kerajaan PN ini.

Maka kita tunggu sama ada PH benar-benar mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menggagalkan usul kerajaan.



p/s: Nampak tak cara berfikir menggunakan otak bukan kotak 🙂

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker