Racun Dua Bayi Dengan Ubat Tidur

Singapura: Seorang pengasuh yang meracun dua bayi di bawah penjagaannya dengan beberapa ubat termasuk yang digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan dan insomnia, dihukum penjara tujuh tahun.

Sa’adiah Jamari, 39, disabit kesalahan oleh Hakim Daerah, John Ng atas dua tuduhan memberikan racun kepada kanak-kanak perempuan.

Dia, yang sebelum ini bertugas sebagai jururawat bebas, melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan pada November dan Disember 2016 ke atas kanak-kanak itu yang tiada kaitan antara satu sama lain.

Agensi

Seorang daripada mangsa berusia lima bulan pada waktu itu, sementara seorang lagi 11 bulan.

Sa’adiah kini membuat rayuan terhadap hukuman itu dan dibebaskan dengan ikat jamin S$20,000.

Berita Harian Singapura melaporkan, mangsa dan ibu mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti kanak-kanak itu.

Ibu seorang mangsa memberi keterangan sewaktu perbicaraan bahawa pada Oktober 2016, dia memerlukan pengasuh untuk bayi dan anak perempuannya yang lebih tua, ketika itu berusia lima tahun.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan sekiranya apa-apa racun ditemui dalam badan anak perempuan lebih tua.

Sa’adiah menjaga anak itu awal November tahun itu.

Selepas beberapa lawatan ke rumah pengasuh, ibunya mendapati bayinya suka meragam.

Kali keempat ia berlaku, si ibu membawa anaknya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada hujung November 2016.

Mahkamah diberitahu profesional penjagaan kesihatan berkata, tiada bahan racun didapati dalam badan bayi.

Si ibu merujuk ke Hospital Parkway East pada bulan seterusnya apabila keadaan anaknya tidak bertambah baik.

Anaknya dimasukkan ke wad selama lima hari dan si ibu menerima laporan hospital yang menyenaraikan beberapa bahan dikesan dalam badan bayi itu.

Ia termasuk ubat tidur temazepam, antihistamine chlorpheniramine dan alprazolam yang digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan.

Ibu seorang lagi mangsa, juga memberi keterangan di mahkamah, memberitahu Hakim Ng dia memerlukan seseorang untuk menjaga bayinya pada petang Krismas 2016.

Selepas teman lelakinya mengambil bayi itu sekitar jam 6 pagi keesokan hari, wanita itu mendapati anaknya kelihatan penat.

Bayi itu dibawa ke KKH pada hari sama.

Sampel air kencing yang diambil mendapati mengandungi bahan termasuk alprazolam.

Bagi setiap tuduhan menyebabkan kecederaan dengan racun, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.

Sa’adiah tidak boleh disebat kerana dia wanita.-HM

Pukul bayi empat bulan, suri rumah didenda RM10,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker