Dua suspek pukul pekerja 7E ditahan

Dua suspek pukul pekerja 7E ditahan

Dua lelaki yang disyaki memukul seorang pekerja kedai serbaneka 7 Eleven di Semenyih, awal pagi semalam, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kedua-dua suspek berusia 31 tahun dan 32 tahun itu ditahan di dua lokasi berbeza oleh Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.



“Kedua-dua suspek ditahan di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor sekitar jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari, hari ini.

“Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, membabitkan kes jenayah dan dadah,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit milik suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, mangsa yang berusia 18 tahun didatangi suspek tidak dikenali yang ingin membeli minuman.



Bagaimanapun, seorang suspek mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran.

Mangsa menegur suspek dan berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek kembali ke dalam premis dan menumbuk muka mangsa.

Suspek juga dilaporkan mengambil swafoto bersama mangsa selepas mencederakannya sebelum beredar meninggalkan premis. BH

Dua suspek pukul pekerja 7E ditahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker