Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan…Belajar Online Di Hentian Bas

REMBAU – Seorang penuntut sains Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah terpaksa menjalani rutin harian kelas online di sebuah hentian bas di hadapan Sekolah Kebangsaan Salak Nama, dekat sini, sejak Oktober lalu.

Rutin pelajar berkenaan, Muhammad Izzul Iman Zabri, 19, bermula seawal pukul 8 pagi hingga 4 petang di hentian yang terletak lebih satu kilometer dari rumahnya di Kampung Padang Lebar memandangkan capaian internet telefonnya tidak dapat menerima signal dengan jelas.

Menurut anak tukang kebun Sekolah Kebangsaan Sawah Raja itu, sekiranya dia hanya menunggu di rumah, dia tidak akan dapat mengikuti empat buah kelas dari hari Isnin sehinggalah hari Jumaat.

“Jadi, saya yang mahu belajar nekadkan hati datang seawal pukul 8 pagi ke sini untuk mengikuti kelas yanag diajarkan melalui aplikasi Google Meet. Bila pukul 1 petang saya balik ke rumah dan kembali ke sini pada pukul 2 petang.

Izzul berkata, dia menggunakan motosikal ayahnya, Zabri Rajab, 52, bagi memudahkan proses ulang alik ke hentian berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, dia amat berharap agar capaian internet di Kampung Padang Lebar akan lebih baik dan memudahkannya dalam menyertai kelas online.

“Ada juga kawan-kawan lain yang menetap di Rembau ini, namun mereka tidak menghadapi masalah seperti saya ini dan boleh menyertai kelas online tanpa bimbang talian terputus sendiri.

“Malah, pensyarah saya juga pelik melihat persekitaran tempat belajar saya bukan di dalam bilik seperti yang lain tetapi di hentian bas dan datang sendiri melihat pengalaman saya belajar ini.

“Bagi saya tak ada masalah untuk meneruskannya sehinggalah habis semester ini iaitu pada bulan Januari depan. Sehingga tempoh berkenaan sekiranya kampus masih belum di buka, saya akan menyertai kelas online di sini,” katanya. -K! ONLINE

Maszlee bosan penuntut universiti kerap minta bantuan kewangan daripadanya

Leave a Reply