Maszlee bosan penuntut universiti kerap minta bantuan kewangan daripadanya

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bosan dengan sikap penuntut universiti yang kerap meminta bantuan kewangan daripadanya setiap kali mengadakan pertemuan dengan mereka, lapor The Malaysian Insight.

Maszlee berkata, walaupun kementerian faham mengenai kekangan kewangan yang dihadapi pelajar, mereka tidak sepatutnya menjadikannya sebagai satu isu penting setiap kali dialog berlangsung.

“Terus terang, saya agak kecewa. Dalam banyak sesi dialog dengan pelajar, mereka berulang kali meminta saya bantuan kewangan.

“Ini sangat menyedihkan. Saya telah memberi mandat kepada semua naib canselor universiti awam untuk mengendalikan isu ini, selaras dengan semangat autonomi yang kita amalkan sekarang,” katanya pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2019, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.



Maszlee berkata kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan semula kesatuan pelajar, yang akan menyediakan pekerjaan separuh masa untuk pelajar di universiti masing-masing

“Mentaliti sebegini membuktikan terdapat jurang yang semakin membesar antara pelajar universiti dan masyarakat.

“Inilah sebabnya saya membangkitkan isu ini di sini. Semoga MPPK dapat membincangkan perkara ini dengan kritikal.

“Banyak yang perlu kita ubah dan saya yakin kewujudan MPPK yang bekerja dengan kabinet akan menghasilkan hasil yang baik,” katanya.



Maszlee gesa penuntut universiti henti minta bantuan kewangan – Laporan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker