Politik Perak: Tiada penjajaran jelas PN-MN antara punca kemelut politik Perak

Kedudukan terkini kerusi DUN Perak
Tiada penjajaran yang jelas diantara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dilihat antara punca kemelut politik terus berlarutan di negeri Perak.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, turut membawa kepada kemelut itu ialah faktor perbezaan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


“Kalau kita lihat PN yang menjadi masalah berkenaan penjajaran ialah maksud kepada penjajaran itu sendiri. Itu ada realignment atau reorganisation kalau lihat kepada PN menjadi masalah ialah PN dan MN.

“Tidak ada gabungan jelas di peringkat negeri, ianya adalah berbeza kalau kita perhatikan PN di Johor hanya ada Bersatu 12 kerusi (DUN), Pas 1 (kerusi), sementara di Johor membezakan kerusi yang dimiliki oleh UMNO negeri,” katanya dalam satu program temu bual di Astro AWANI, pada Selasa.

“Begitu juga di Perak, Bersatu hanya ada lima kerusi DUN sedangkan lain duduk di PN dan MN itu yang menjadi pengistilahan yang bermasalah tiada penjajaran tentang siapa ahli gabungan dan yang mana satu mahu dipakai turut memperlihatkan kelemahan dan kerapuhan PN.”

Malah katanya, kerjasama diantara parti-parti sebelum ini dilihat disifatkan tidak ‘berakar dan berbumi”.

“PN ini kalau kita lihat ia tidak mengakar dan tidak membumi, jadi tanpa kekusutan penjajaran PN ketiadaan sifatnya berakar dan berbumi juga menunjukkan bahawa kelemahan ini akan dilihat dan muncul pada setiap negeri, bila dikaitkan dengan PN dan gabungan Bersatu,” tambahnya. Awani

Penjajaran politik di Perak? Ini kemungkinan yang bakal berlaku…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker