3 Geng Ho Kia ditangkap.

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan kumpulan curi kenderaan dan pecah rumah di kenali ‘Geng Ho Kia’ selepas menahan tiga ahlinya dalam tiga serbuan sekitar kawasan Johor Bahru dan Ulu Tiram, kira-kira jam 1 hingga 7 pagi, semalam.

Antara barang rampasan hasil tangkapan tiga ahli Geng Ho Kia dalam serbuan di Johor Bahru dan Ulu Tiram, semalam. - Foto NSTP/PDRM
Antara barang rampasan hasil tangkapan tiga ahli Geng Ho Kia dalam serbuan di Johor Bahru dan Ulu Tiram, semalam. – Foto NSTP/PDRM

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata serbuan dibuat sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Katanya tiga lelaki yang ditahan berusia 22 hingga 36 tahun itu dipercayai aktif mencuri kenderaan dan pecah rumah sekitar kawasan Johor Bahru.

“Semakan rekod kesalahan lampau mendapati semua suspek terbabit dalam kegiatan jenayah dan dadah.

“Semua suspek direman empat hari sehingga 12 Disember bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan mencuri kenderaan.

Leave a Reply