[VIDEO] Terima Kasih Datang, Doakan Saya

Seorang pendakwah selebriti yang sebelum ini direman di Mahkamah Shah Alam berhubung kes merogol kenalan Instagram  direman lagi selama lima hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan sama.

Perintah reman lima hari bermula hari ini terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Siti Mazrah Mohamad.

Terdahulu suspek yang merupakan bekas peserta program realiti agama sebuah saluran televisyen swasta hadir ke kompleks Mahkamah pukul 10.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

Sejurus turun dari kereta suspek kemudian menyapa kepada wartawan yang hadir membuat liputan dengan berkata, ‘Assalamuailaikum , terima kasih datang,  makan ok semua, doakan saya, Insyallah ya’ katanya.

Sementara itu, peguam selebriti tersebut, Syed Amirul Syed Edros yang ditemui selepas prosiding reman itu memaklumkan anak guamnya direman sehingga 11 Disember depan.

Syed Amirul turut menegaskan anak guamnya belum disabitkan bersalah dan dia direman untuk membantu siasatan pihak polis.

“Hari ini permohonan reman bagi anak guam saya adalah mengikut seksyen 376 (rogol),” katanya.

Semalam dalam satu kenyataan, polis daerah ini akan memulakan siasatan terhadap suspek atas dakwaan merogol susulan laporan kes rogol, cabul dan seks luar tabii yang dibuat terhadapnya, di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek yang sebelum ini disiasat oleh polis Shah Alam akan diserahkan kepada pihaknya pula bagi siasatan kes di daerah ini.

Terdahulu Polis Petaling Jaya menerima dua laporan polis terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii.

Kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.

Dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa diajak keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana dan dirogol.

Kes kedua berkaitan cabul dan seks luar tabii (seks oral) pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi pada 17 Oktober lalu, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.

Sebelum ini pada 27 November lalu, suspek telah direman selama 10 hari berhubung kes merogol kenalan Instagram di Seksyen 7  Shah Alam September tahun lalu. – K!ONLINE

Guru pula tampil dakwa dirogol pendakwah selebriti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker