Kemelut Politik Perak: DAP Tawar Kerjasama, UMNO Kata Tunggulah Sampai Kiamat

 

Umno Perak langsung tidak mempertimbangkan secara serius kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Namun, menurut sumber yang dekat dengan kununya perbincangan yang sedang berlangsung adalah sangat mengarut sama sekali

Umno dan DAP dilihat merupakan seteru tradisi dalam politik yang jelas perbezaan antara mereka ibarat langit dan bumi.

 

Kata sumber terdekat, ini semua adalah propaganda yang cuba memecalah belahkan kesatuan orang Melayu / Islam dibawah panji Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional

Oleh itu, syarat Umno untuk membentuk kerajaan Perak yang baru adalah dengan menuntut hanya PKR dan Amanah yang akan dibenarkan menyertai kabinet baru, atau menjadi exco.

adalah sangat mengarut dan tidak masuk akal. Malah kata pemimpian UMNo yang tidak mahu indentiti beliau didedahkan itu, “DAP perlu tunggu sehingga hari kiamat kalau mahu bekerjasama dengan UMNO”

 

Setakat ini, sekutu DAP, PKR dan Amanah tetap teguh bahawa PH harus diterima secara keseluruhan (en bloc) oleh Umno.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak telah menyatakan perkara ini sementara Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi memberitahu perkara yang sama kepada Malaysiakini.

“Kita (PH) akan masuk en bloc. Tak boleh lah ada yang tinggal, tak elok,” kata Asmuni, yang juga merupakan Adun Manjoi.

 

Bersatu dan PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengukuhkan perpaduan di dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Malah sehingga semalam Saarani dikatakan telah ada sekurang – kurangnya 30 SD menyokong beliau sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Apa pun malam ini dijangkakan Mesyurat Khas MT UMNO akan berlangsung bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker