Al-Fatihah..Kenderaan KKM Kemalangan, Jururawat & Pemandu Maut

 

Seorang pemandu dan seorang jururawat kesihatan dilaporkan meninggal dunia pada pagi tadi apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Pekan-Rompin selepas berlanggar dengan sebuat lori tangki.

Menerusi maklumat daripada Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori tangki, sebuah kenderaan pacuan 4X4 milik Pejabat kesihatan Daerah Pekan (Pahang) dan sebuah kereta Perodua Myvi.

Dr Noor Hisham Zahir dukacita

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook miliknya, beliau memaklumkan bahawa kenderaan PKD Pekan itu dalam perjalanan menghantar Pasukan Begerak Orang Asli ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan rawatan pemeriksaan kesihatan berkala.

Kemalangan tersebut telah meragut nyawa pemandu dan seorang jururawat, manakala seorang pegawai perubatan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Salam takziah buat keluarga magsa

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian mangsa-mangsa yang dikenali sebagai Allahyarham Encik Mohd Zuhairi Abdullah (pemandu) dan Allahyarhamah Puan Julayha Binti Kudus (jururawat kesihatan).

Pihak bomba dan penyelamat memberitahu bahawa pemandu lori dan kelindannya berada dalam keadaan selamat. Mereka yang tercedera juga telah dikejarkan ke hospital dan diberi rawatan selepas kemalangan tersebut.

Namun begitu, belum ada laporan sahih berkenaan punca sebenar kemalangan tersebut berlaku sehingga mengakibatkan dua maut dan beberapa lagi tercedera-OMM

Sumber: FacebookDr Noor Hisham, Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Jururawat maut terperosok bawah lori tangki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker