Buka sempadan hanya kepada warga asing yang sudah divaksin, kata Najib

Najib Razak menggesa kerajaan membuka sempadan hanya kepada pelawat yang sudah divaksin dari negara yang keadaan Covid-19 terkawal, dengan keutamaan kepada ahli perniagaan yang berminat untuk melabur dan berniaga.

Bekas perdana menteri percaya langkah itu, jika dilaksana serta-merta, mampu memberi impak kepada ekonomi serta industri pelancongan “ketika kebanyakan negara lain masih tidak menerima pelawat”.

“Siapa cepat, dia dapat,” katanya di Facebook, mengulas laporan tentang penerimaan dan pemberian vaksin di beberapa negara, seperti Indonesia.

Beliau menarik perhatian kepada keputusan kerajaan menarik balik larangan rentas negeri di Semenanjung dan kuarantin wajib bagi mereka yang tiba dari Sabah yang jumlah kes baharu masih antara 200 hingga 500 kes sehari.

“Kenapa pula kita larang pengunjung yang diberi vaksin dan tidak lagi takut Covid-19 dari negara-negara seperti Australia (9 kes baru semalam), Brunei (0 kes), New Zealand (0 kes), Taiwan (23 kes), Hong Kong (95 kes), China (18 kes) dan Singapura (5 kes)?”

United Kingdom negara pertama yang meluluskan vaksin Covid-19 daripada Pfizer dan Biontech dan akan mula menggunakan vaksin itu pada awal minggu ini.

Indonesia minggu ini menerima 1.2 juta dos vaksin dan akan terima 1.8 juta dos lagi bulan depan. FMT

Buka segera pintu sempadan untuk rebut peluang awal, kata dewan perniagaan

Leave a Reply