Fenomena langit hijau di Kuala Kedah

ALOR SETAR – Langit Kuala Kedah dikatakan bercahaya hijau pada malam sehingga ada netizen yang beranggapan ia merupakan tanda awal tsunami.

Walau bagaimanapun, Sinchew Daily melaporkan, cahaya hijau itu bukan tanda apa-apa bencana alam, tetapi menanda musim tangkap sotong sudah tiba.

Menurut akhbar itu, musim angin monsun timur laut juga merupakan musim sotong sehingga ratusan kapal nelayan memasang lampu hijau untuk menarik perhatian haiwan laut itu.

Pada masa ini, sotong dilaporkan akan berenang ke kawasan laut yang lebih cetek dan sotong betina memilih untuk bertelur di kawasan berhampiran persisiran.

Disebabkan minat sotong terhadap cahaya hijau, pemancaran lampu hijau di permukaan laut menjanjikan hasil laut yang lumayan buat nelayan.

Menurut seorang pemilik kapal nelayan, ratusan kapal akan keluar laut bermula pukul 9 malam sejak bulan lalu untuk menangkap sotong.

Bagi nelayan yang bernasib baik, mereka malahan mampu menangkap ratusan kilogram sotong pada satu malam.

Walau bagaimanapun, cara penangkapan sotong itu turut mencetus kontroversi kerana dikhuatiri menjejaskan populasi hidupan laut kerana sotong besar dan kecil akan ditangkap bersama. MG

Nak ‘Abang’ Balik Awal? Cuba 5 Resipi Sotong Goreng Ini

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker