ATM pasang kawat duri di lokaliti zon merah

GEORGETOWN: Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  mempersiapkan kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan dua lokaliti zon merah di daerah Timur Laut di sini petang semalam

Lokasi terlibat adalah di flat Persiaran Paya Terubong, Relau dan Flat Desa Bistari Blok A dan B di Batu Uban yang dikenakan PKPD berkuat kuasa tengah malam tadi

Tinjauan Utusan Malaysia di Relau petang tadi mendapati anggota tentera mula memasang pagar kawat duri di laluan masuk persiaran Paya Terubong 2, 3 dan 4  pukul 6.30 petang.

Seorang penghuni warga Indonesia, Nurina, 25, berkata, dia akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Ditegur pasang muzik kuat, sekumpulan lelaki serang suami isteri

“Kami telahpun dimaklumkan lebih awal daripada pihak ejen dan telah pun diberi cuti oleh majikan,” katanya di sini hari ini.

PKPD di dua lokaliti zon merah di daerah Timur Laut melibatkan 10,000 penduduk di 13 blok di Persiaran Paya Terubong dan sebanyak 2,300 penduduk di Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban.

Penduduk di Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban, majoritinya warga asing yang bekerja di pelbagai sektor di negeri ini terutama operator kilang.

Kawalan di lokasi itu akan dilakukan polis dengan bantuan ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker