Akhirnya UMNO beroleh keberanian, Muhyiddin terpaksa melutut

SELEPAS berkali-kali dikhianati dan dianiaya, akhirnya pemimpin UMNO mengambil langkah berani dengan menggulingkan menteri besar Perak merupakan orang kuat Bersatu.

Tidak cukup itu UMNO sanggup bekerjasama dengan DAP demi menyelesaikan kemelut tersebut, sedangkan sebelum ini mereka bertegas tidak akan bersama DAP sama ada di dalam kerajaan, mahupun di barisan pembangkang.

Walaupun inilah hakikat politik jika mahu menyaksikan politik yang stabil dan negara dapat bergerak ke hadapan, tetapi ego itu sukar dipecahkan.

Selain itu para pemimpin UMNO juga bimbang ahli di peringkat akar umbi tidak dapat menerima kerjasama baharu itu.



Bagaimanapun apabila banyak kali ditipu dan dianiaya, kesabaran para pemimpin UMNO akhirnya terlerai dan berkecai.

Dalam erti kata lain Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO bagi mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Bersatu sebenarya merupakan sebuah parti kecil yang berasakan mereka kuat, tapi sebenarnya lemah.

Satu sahaja kelebihan yang dimiliki mereka ialah jawatan perdana menteri. Jentera di peringkat akar umbi pun tiada, lantaran itu mereka goyah untuk menghadapi pilihan raya umum dan terus berusaha melambatkan pembubaran parlimen.



Mereka juga perlu menunggang jentera parti rakan komponen iaitu Pas dan UMNO untuk memastikan survival Bersatu. Bagaimanapun sikap para pemimpin mereka mudah lupa daratan menyebabkan hubungan sesama komponen sentiasa tegang.

Parti kecil yang merasakan diri mereka kuat, sebenarnya lemah dan telah hilang kuasa di Johor, di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Itupun jika UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan, Bersatu juga kehilangan kerajaan di Sabah.

Pada pilihan raya negeri Sabah tempoh hari walaupun UMNO memenangi paling banyak kerusi, parti kecil perasan besar itu berkeras mahukan jawatan ketua menteri dan memaksa UMNO mengalah.

Sudahlah kerusi yang ditandingi UMNO diletakkan calon begitu ramai Bebas bagi memastikan calon UMNO tidak menang dan jika menang sekalipun dengan majoriti kecil.



Kini episod politik berubah 100 peratus sekali lagi dan diharapkan selepas ini titik keseimbangan dicapai dengan segera demi negara bangsa. SM

Biar mati berdiri daripada hidup melutut



Related Articles

2 Comments

  1. Akar umbi umno tidak gembira langsung dgn apa yg dibuat oleh pemimpin umno perak terhadap kerajaan negeri pimpinan peja. Rata2 rakyat, terutama ahli umno di kampung2 menganggap pemimpin umno gila kuasa, x hormati kawan, pengkhianat kpd sebuah ikatan dan gila jwtn. Tggu PRU15, UMNO akan berkubur tanpa nisan. UMNO parti penipu dan pembelit. PRK GERIK akan jadi medan pengajaran buat umno. Silap pilih calon, umno bungkus. Kerajaan pusat goyang. Istiqomah lah dlm perjuangan, bknnya meletakkan kepentingan peribadi didepan.. Rakyat memerhati dan menilai kelakuan anda. Hidup tidak selalunya diatas.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker