Ditegur pasang muzik kuat, sekumpulan lelaki serang suami isteri

Butterworth: Seorang pengawal keselamatan dan isterinya menempuh detik cemas selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan besi di rumah mereka di sebuah flat di Taman Bagan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, sekumpulan lelaki berusia awal 20-an datang ke rumah mangsa dalam keadaan marah untuk mencari anak pasangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pengawal keselamatan itu kemudian menegur seorang suspek supaya bercakap sopan dengan orang yang lebih tua.



“Namun teguran itu menyebabkan suspek berang lalu memukul kepala pengawal keselamatan berkenaan dengan besi.

Anggota polis cedera ditumbuk, 10 lelaki direman bantu siasatan

“Melihat kejadian itu, isteri mangsa segera menarik suaminya dan mengunci pintu gril rumah mereka. Namun mangsa mengalami luka kerana suspek sempat menjolok besi di celah gril sehingga terkena kepala dan pipinya,” dalam kenyataan di sini, hari ini.



Katanya, pengawal keselamatan itu menganggarkan terdapat antara enam hingga tujuh lelaki datang ke rumahnya bagi mencari anaknya berusia 26 tahun.

“Suspek turut merosakkan motosikal milik anak mangsa yang diletakkan di bawah flat,” katanya.

Noorzainy berkata, melalui maklumat yang diterima polis berjaya menahan sembilan lelaki berusia 19 hingga 22 tahun yang turut tinggal dalam kawasan flat berkenaan beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.

Tindakan Sekumpulan Pemuda Di Kelantan Ini Buli Warga Emas di kecam Netizen [ VIDEO ]



“Pelbagai peralatan seperti topi keledar, kayu hoki, batang besi dan kayu panjang yang dipercayai antara senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan turut dirampas untuk siasatan.

“Siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati selepas anak lelaki mangsa menegur mereka kerana memasang muzik terlalu kuat pada sebelah malam Jumaat lalu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.



Lelaki cedera parah diserang, empat kenderaan rosak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker