Peniaga Santan Pasar Borong Wakaf Bata, Machang Positif Covid-19

 

Gambar Hiasan

MACHANG – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menggesa orang ramai yang pernah berurusan jual beli santan segar di sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Bata di sini supaya menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 Pejabat Kesihatan Daerah Machang dengan segera.

Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, ini kerana peniaga santan di premis bernombor 2021, Pasar Borong Wakaf Bata di sini dikesan dijangkiti wabak Covid-19.



“Kita menggesa orang ramai yang pernah berurusan di premis tersebut bermula dari 31 Oktober hingga 12 November lalu supaya menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 Pejabat Kesihatan Daerah Machang dengan segera.

“Orang ramai boleh menghubungi talian 09-975 3653 dari pukul 8 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaini, langkah itu diambil bagi menyekat penularan wabak Covid -19 dalam kalangan orang ramai di kawasan tersebut. – K! ONLINE

AirAsia sasar buka 100 cawangan francais Santan menjelang suku pertama 2022



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker