SPRM tahan guru serah projek kepada adik · MYKMU.NET

SPRM tahan guru serah projek kepada adik

Share

Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan guru lelaki hari ini, selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri.

Suspek guru berusia 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Sungai Petani pada 11.48 pagi, ketika hadir bagi memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek guru yang bertugas di sekolah di negeri ini menggunakan kedudukannya dengan melantik adiknya bagi membekal peralatan alat ganti automotif antara 2008 hingga 2015.

Salah guna surat majikan atau surat berkaitan, polis akan ambil tindakan

Siasatan awal mendapati, keseluruhan projek yang dianugerahkan oleh guru berkenaan kepada adiknya bernilai RM26,706.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek guru dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, selain perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan berkenaan.

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa

Leave a Reply