Mahathir sepatutnya malu dengan markah prestasi anggota kabinet.

Amat memalukan untuk negara seperti Malaysia mempunyai kabinet yang markahnya hanya sekita 40-50 peratus. Negara tidak mampu mempunya anggota kabinet ‘half past six’ seperti ini.

Mahathir mendakwa anggota kabinetnya tiada pengalaman tetapi beliau lupa bahawa beliau telah berada di dalam kabinet Malaysia lebih dari 25 tahun sebelum ini malah menerajui kabinet selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. Sepatutnya beliau tahu untuk melantik mereka yang benar-benar layak untuk menganggotai barisan kabinetnya.

Di kalangan anggota kabinetnya juga terdiri dari mereka yang pernah berada di blok kerajaan dahulu (BN). 2 daripada anggota kabinetnya juga merupakan bekas MB. Jadi tidak timbul isu mereka tiada pengalaman.Kita tidak mengharap mereka mendapat markah 100 peratus tetapi apa yang sepatutnya mereka capai adalah sekitar 70-80 peratus bukan 40-50 peratus.

Masalah utama dengan kerajaan hari ini ialah mereka lebih berpolitik dari mentadbir negara. Mereka terbawa-bawa dengan politik dendam sehingga lupa untuk menguruskan negara dengan cekap.



Berikut adalah kenyataan Mahathir seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini.

Markah prestasi menteri Kabinet 40-50 peratus

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi markah sederhana iaitu 40 ke 50 peratus terhadap prestasi menteri Kabinet Beliau Secara keseluruhannya.

Walaupun tidak berpengalaman, Perdana Menteri tetap bangga dengan mereka kerana dapat cepat belajar.



“Mereka belajar dengan cepat, kita bincang dengan mendalam berkenaan sesuatu supaya masing-masing faham cara-cara pemerintah.

“Sekarang ini mereka bukan lagi parti lawan tetapi pemerintah. tetapi alhamdulillah, kita tak dengar perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam wawancara eksklusif di saluran 501 Astro Awani bertajuk Malaysia Baharu Bersama Tun M di sini, malam ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker