Kadir dakwa Dap setuju bekerjasama debgan Umno pada PRU15

Bekas ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin berkata, spekulasi Umno dan DAP membentuk kerjasama politik mungkin menjadi kenyataan.

Kadir, yang berpihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata dia menerima maklumat mengenai kemungkinan kerjasama Umno-DAP itu sebelum kejatuhan kerajaan Perak yang dipimpin Bersatu.

Sejam sebelum kejatuhan kerajaan Perak, Kadir berkata dia dimaklumkan oleh orang kepercayaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa perkara itu akan berlaku.

Kadir berkata dia kemudian bertanya siapa yang akan menggantian kerajaan Perak.

“Dia (sumber itu) jawab 10.04 pagi: Umno 25, Dap 16, Amanah 5, PKR 3. Umno jadi menteri besar.

“(Menurut sumber itu lagi) DAP setuju untuk bekerja dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Kadir pada hantaran di Facebook.

Sejam kemudian, timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu digulingkan sebagai menteri besar Perak.

Faizal menerajui kerajaan Perikatan Nasional di Perak yang menggabungkan Bersatu, PAS, Umno serta Gerakan dan seorang bebas.

Bagaimanapun, 24 Adun Umno bergabung dengan 24 lagi wakil rakyat pembangkang Pakatan Harapan menentang Faizal dalam undian usul percaya menteri besar Perak.

Berikutan kejadian itu, Kadir berkata dia bertanya kepada ahli jawatankuasa pusat DAP mengenai dakwaan hubungan DAP dan Umno tetapi pemimpin itu menolak spekulasi tersebut.

Bagaimanapun, Kadir berkata beberapa minit kemudian seorang pengurus tabungan keturunan Cina Malaysia yang berpengkalan di Hong Kong memberitahu hal yang sama.

“(Katanya) Umno dan DAP kerja bersama. Pasukan impian akhirnya menjadi kenyataan.

“Apakah mesej-mesej mengenai kerjasama Umno-DAP ini omong kosong semata-mata atau pratayang kepada realiti yang sedang menjelang,” soalnya.

Kadir juga bertanya jika Umno yang terdesak untuk kembali berkuasa tidak terfikir untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang kuat seperti DAP.

“Barisan Nasional (BN) sudah nazak. MCA dan MIC tidak dapat menarik undi bukan Melayu lagi. Undi Cina dan India sudah dibolot DAP.

“Tidak menghairankan jika DAP, yang pernah merasa nikmat kuasa melalui PH, beraspirasi untuk kembali semula ke Putrajaya melalui sebuah pakatan baru yang termasuk Umno.

“Kalau Dr Mahathir Mohamad boleh bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menumbangkan BN, apakah Umno tidak terfikir kaedah yang sama?

“Wallahuaklam. Demikianlah muslihat dan tipu-helah politik di mana konspirasi bukan sekadar teori tetapi boleh bertukar menjadi realiti,” katanya.

Ulasan Kadir muncul ketika pemimpin Umno dan DAP membayangkan mereka terbuka untuk bekerjasama di Perak.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming juga telah memberikan isyarat serupa.

Awal hari ini, Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad memuji Pakatan Harapan sebagai “rakan strategik” di tengah-tengah desakan beberapa pihak dalam Bersatu untuk menggulingkan Hasni dengan cara yang sama seperti Umno menggulingkan Faizal di Perak.

DUN Johor dengan mudah meluluskan belanjawan yang dibentangkan Hasni. Mk

Kadir Jasin sindir anggota Kabinet, Azmin

Related Articles

2 Comments

  1. Klu UMNO bekerjasama dgn DAP dlm keadaan apa sekalipun lbh2 lg utk PRU 15, percayalah parti org kampung ini akan ditanam hidup2 masa PRU 15 nanti. Org melayu akan undi PAS dan PPBM.Bagi mereka, umno parti pengkhianat. Khianat kpd agama, bangsa dan negara.

  2. orang bodoh je percaya kata barua mahathir is kadir ni, seribu tahun UMNO takkan mungkin nak bekerjasama dengan dap…lainlah kalau dap setuju terima dasar2 UMNO tentang ‘IMR’…apa pun ianya seperti menunggu kucing bertanduk, jangan haraplah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker