[VIDEO] Ebit Lew Hadiahkan Basikal Kepada Lima Penghantar Makanan

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila menghadiahkan lima buah basikal boleh lipat kepada lima orang penghantar makanan.

Menerusi laman Instagramnya, Ebit memaklumkan basikal tersebut dihadiahkan bagi memudahkan kerja penghantaran makanan oleh kelima-lima penerima tersebut yang sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki.

“Seronok hari ini beli basikal lipat lima buah untuk dihadiahkan kepada adik-adik ini. Mereka hantar makanan jalan kaki.

“Purata seminggu mereka peroleh RM100 ke RM300. Muka semua rajin dan baik-baik. Ada seorang kakak ibu tunggal, datang ke sini menaiki LRT. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Menurutnya, semua penghantar makanan itu tidak mempunyai lesen dan tidak memiliki motosikal atau basikal.

“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang hendak bawa naik LRT, dan ada sembilan gear. Ringan nak kayuh, istimewa untuk mereka.

“Saya juga beri sedikit duit belanja untuk lima orang penerima ini dan yang berada situ tadi. Semoga mereka ini terus kuat dan diluaskan rezeki,” katanya. – K! ONLINE

Polis kenal pasti lelaki pukul penghantar makanan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker