Pertanyaan Najib mengenai i-Sinar KWSP terima 49,000 komen
PERTANYAAN ringkas Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja i-Sinar di Facebooknya mendapat reaksi luar biasa daripada warganet.
Dalam tempoh 16 jam hantaran itu dibuat, sebanya 49,000 komen diterima tehadap pertanyaan yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu.
“Okay atau tidak? i-Happy atau i-Kecewa?” tanya Najib ringkas.
Selain mendapat 47,000 komen, hantaran tersebut juga menerima 54,000 reaksi.
“i-kena lipakkkk bossku. Sedih betul. Saya ni buat tiga kerja, ada satu gaji tetap, dua keje partime with fix payment/allowance. Partime ni takda apa dokumen sokongan pun. Apabila PKP, yang gaji tetap memang tak terjejas, syukur tak kena potong gaji EPF pun dicarum tapi saya kehilangan lebih dari separuh pendapatan sebab dua-dua keje partime dah takda. Dan berdasarkan kriteria ditetapkan, saya ineligible utk kedua-dua kategori sedangkan lebih separuh pendapatan terjejas,” adu Muhammad Aiman.
“Tidak semua syarikat keluarkan notis pengurangan OT sebab OT ni subjektif. Kalau kerja banyak ada la OT. Kalau kerja tak banyak tak ada la OT. Tapi kita boleh tengok OT sebelum dan selepas dalam payslip. Bijak KWSP minta notis pengurangan OT. Bijak,” sindir Razak Ibrahim.
“i-ahlong Datuk Seri. KWSP putaq alam. Ingat main More Jutaria ka dok putaq merata,” kata Fiena Ramli.
“Bersyarat? Kenapalah susah sangat nak keluarkan duit kami yang kami simpan bepuluh-puluh tahun dengan keadaan sekarang kami amat memerlukan simpanan kami tapi nampaknya cadangan Datuk Najib, CEO KWSP mengabaikan memperlekehkn macam sampah. Kami rasa tibalah masanya rakyat bertindak luar batasan demi memperjuangkan hak kami,” kata Mohd. Nazri Abd. Latif.
“Sangat-sangat mengecewakan. Saya buat 2 kerja tapi 1 dah tutup. Hanya 1 saja sumber mana cukup untuk tampung. Sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada pengurangan caruman. Kereta cari makan saya dah jual sebab tak mampu nak bayar bulanan,” rintih Amri Azmi.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan i-Sinar dalam talian akan dibuka bermula 21 Disember ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh EPF Media Desk, Jabatan Hal Ehwal Korporat, terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.
Bagi Kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kategori 2 pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.-SM
i-Sinar: KWSP umum dua kategori ahli yang layak memohon
You must be logged in to post a comment.