Anak Schumacher sertai pasukan F1 Haas



Sebaran :

SAKHIR, Bahrain: Mick Schumacher yang juga anak lelaki juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akan memandu buat pertama kalinya dalam saingan Formula Satu (F1) bersama pasukan Haas pada musim depan, umum pasukan berkenaan hari ini.

Pemandu berusia 21 tahun itu akan merasai sendiri pemanduan jentera berkenaan apabila mengambil bahagian pada latihan bebas penutup musim 2020 saingan Grand Prix (GP) Abu Dhabi pada 11 Disember ini, sebelum menyertai sesi ujian beberapa hari selepas itu.

“Pasukan F1 Haas sudah menandatangani pemandu Jerman, Mick Schumacher untuk menjadi sebahagian barisan pemandu baharu pada Kejuaraan Dunia F1 FIA 2021 yang membabitkan perjanjian selama beberapa tahun,” kata Haas dalam satu kenyataan.



Anak lelaki Michael ini yang sudah lama dijangka menyertai saingan F1, bakal bergandingan dengan pemandu dari Russia, Nikita Mazepin yang juga berusia 21 tahun.

Ketika ini Mick sedang mendahului senarai kedudukan pemandu F2 dengan saingan berbaki satu lagi di Bahrain hujung minggu ini.

Bapanya mengalami kecederaan serius selepas melakukan aktiviti ski pada Disember 2013 dan tidak dapat dilihat umum sejak insiden itu.



– AFP

Lewis Hamilton pecah rekod kemenangan Michael Schumacher


Sebaran :


Leave a Reply