Shuhada kecewa Hafidz tidak hadir lagi seperti biasa


Shuhada kecewa Hafidz tidak hadir lagi seperti biasa

SHAH ALAM: Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kesal apabila Hafidz tidak hadir sesi tuntutan hadanah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Nurul Shuhada berkata, tindakan Hafidz itu juga boleh melambatkan proses perbicaraan tuntutan hadanah yang difailkan Hafidz sebelum ini.

Katanya, kes perlu diselesaikan segera bagi memudahkan urusan rasmi berkaitan kedua-dua anak mereka, Humairah dan Umar.



“Seperti biasa, dia tak datang. Katanya, ada hal yang tak dapat dielakkan.

“Dia sepatutnya berikan komitmen kerana ini membabitkan anak-anak. Kalau boleh, kita nak percepatkan sebab dia yang failkan. Jadi, dia kena berikan kerjasama yang sepatutnya.

“Hal anak-anak, saya memang sensitif. Kalau boleh, nak ada keputusan cepat-cepat. Saya nak ada hak itu. Sekarang, anak-anak semakin membesar dan semua urusan rasmi perlukan sijil hak penjagaan itu.

“Jadi, janganlah anggap benda itu remeh. Saya dari jauh boleh datang, dia yang dekat tak boleh datang. Kenapa? Berilah kerjasama.



“Dia yang failkan, dia yang bersemangat sangat pada awalnya. Jadi, teruskanlah semangat itu dan janganlah separuh jalan,” katanya.

Tanpa kehadiran Hafidz, perbicaraan kes hadanah itu terpaksa ditunda ke 28 Mei depan.

“Ini belum habis lagi dan sangat panjang lagi. Bagi saya membazir masa sebab tak jumpa penyelesaiannya.

“Jadi, saya nak percepatkan proses itu sebab dia pun dah ada kehidupannya. Jadi, saya kena berjuang untuk anak-anak.



“Saya kena dapatkan hak untuk anak-anak. Kalau boleh saya nak anak-anak gembira dan hidup senang sahaja.

“Saya harap selepas ini dia berikan kerjasama. Kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kita,” katanya.

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini meluluskan permohonan Nurul Shuhada bagi menambah pihak ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai penjaga kepada anak-anaknya dan sebagai pihak dalam interim hadanah dan induk hadanah.

Nurul Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu. BH



Shuhada kecewa Hafidz tidak hadir lagi seperti biasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker