RUU Perbekalan 2021 Kementerian Luar Negeri Lulus

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mengumumkan perkara itu berkata, ia diputuskan dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar.



Ketika pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Kementerian Luar diperuntukkan RM777.9 juta iaitu RM703.1 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM74.78 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Selepas Kementerian Luar, dua lagi kementerian dijadual menggulung hari ini iaitu Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

 

Kerajaan Menang Lagi, RUU Perbekalan Kementerian Kewangan – 107 sokong, 95 tak setuju, 18 tak hadir



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker