Guna pistol tiruan samun pengurus bank

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus bank berdepan detik cemas diacu senjata dipercayai pistol oleh seorang lelaki dalam cubaan samun di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Kuchai Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, mangsa seorang wanita berusia 32 tahun telah masuk ke dalam kereta jenis BMW miliknya setelah selesai makan malam.

“Tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan pistol tiruan cuba melakukan samun terhadap wanita berkenaan.

“Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan dan suspek terus melarikan diri,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Penyamun panik, cubaan merompak gagal

Anuar berkata, orang ramai telah membantu menangkap suspek dan suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bantu pihak polis membanteras jenayah.

“Kita turut merampas sepucuk pistol tiruan. Siasatan awal mendapati suspek berusia 47 tahun itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau,” katanya.

Anuar memaklumkan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan 36 (1) Akta Senjata 1960.

Ahli perniagaan berpangkat Datuk didakwa lakukan ugutan jenayah guna pistol ke atas wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker