Menang undi belah bagi tak bermakna PN dapat sokongan majoriti – Hassan Karim


JOHOR BAHRU – Perkembangan undi belah bagi yang diterima Perikatan Nasional (PN) untuk tiga anggaran Belanjawan 2021 setakat ini tidak bermakna Perdana Menteri atau kerajaan pimpinannya kini mendapat majoriti sokongan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan PN semalam menang undi belah bagi Anggaran Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dengan 105 menyokong dan 95 menolak, manakala Anggaran Belanjawan Kementerian Kewangan dengan 106 menyokong dan 95 menolak.

Menurutnya, walaupun kerajaan PN menang 3-0 setakat ini dalam pengundian belah bagi meluluskan anggaran belanjawan di peringkat jawatankuasa, perkembangan itu sebenarnya tidak boleh dijadikan rujukan bahawa Muhyiddin dan PN adalah kerajaan yang sah.

“Ini boleh dilihat menerusi tiga undi itu yang dilakukan semalam dan hari ini di Dewan Rakyat. Hari ini pula, Anggaran Belanjawan bagi Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara diluluskan dengan undi suara dan tiada undian belah bagi dijalankan.

Jumlah hutang, pendapatan negara tumpuan Dewan Rakyat

“Undian paling tinggi kerajaan PN dapat hanya 108. Ini bermakna kerajaan PN belum lagi mencapai jumlah ambang atau ‘treshold’ sebanyak 111 undi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, setakat hari ini sejak Muhyiddin dipilih menjadi Perdana Menteri bermula pada 1 Mac lalu, beliau dan kerajaannya masih belum dapat membuktikan majoriti yang dituntut dalam Undang-undang Perlembagaan.

“Disebabkan keadaan ini, keabsahan Muhyiddin kerajaan PN pimpinannya masih lagi dipersoalkan. Bagi jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin memerlukan pengundian daripada keseluruhan jumlah ahli Parlimen dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk mendapat sokongan majoriti.

“Pada PRU14, seramai 222 ahli Parlimen dipilih rakyat iaitu bilangan mandatori dalam Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini seorang ahli Parlimen pembangkang meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah,” katanya.

Hassan berkata, bagi blok kerajaan PN, seorang ahli Parlimennya juga meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Gerik di Perak dan perkembangan itu menjadikan ketika ini terdapat 220 ahli Parlimen.

“Jumlah ambang yang dikatakan syarat majoriti diperlukan Muhyiddin untuk mengesahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan kerajaan PN pimpinannya ada keabsaahan ialah 111,” katanya.

Anggaran hasil cukai kerajaan terlalu optimistik, kata pakar ekonomi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker