Anggaran hasil cukai kerajaan terlalu optimistik, kata pakar ekonomi

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mengkritik Putrajaya kerana bersikap terlalu optimistik berhubung unjuran hasil yang akan dikutip melalui cukai tahun depan.

Geoffrey Williams dari Universiti HELP memberitahu FMT bahawa kerajaan kelihatan gagal mengambil kira kesan ekonomi wabak Covid-19 sepenuhnya.

Beliau berkata, anggaran hasil daripada cukai pendapatan korporat tidak realistik kerana kerajaan sepatutnya menjangkakan tahap keuntungan lebih rendah, selain bersedia untuk berdepan kemungkinan lebih banyak syarikat ditutup.



“Pelik apabila kerajaan mengunjurkan cukai korporat akan bertambah sedangkan ia mula jatuh pada 2019, hatta sebelum terjadinya krisis,” katanya.

 

 

Geoffrey Williams.

“Juga terlalu optimistik untuk menjangka cukai pendapatan individu akan bertambah sedangkan ramai orang hilang pekerjaan atau memperoleh pendapatan lebih rendah.”



Katanya, kutipan daripada cukai perbelanjaan dan duti eksais pada 2021 juga lebih rendah daripada unjuran kerana perbelanjaan pengguna bakal terkesan susulan pendapatan boleh guna yang lebih sedikit.

“Masalah pengangguran dan penggunaan tenaga tidak penuh akan mengambil masa untuk diatasi dan pendapatan orang ramai akan terkesan sehingga tahun depan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan mengjangkakan kutipan cukai sebanyak RM64.60 bilion pada 2021, hampir RM1 bilion lebih tinggi berbanding kutipan pada 2019.

 



https://mykmu.net/2018/04/02/harapan-berharap-mampu-memperbodohkan-rakyat-dengan-kempen-tolak-gst/

Williams berkata, unjuran itu sukar dicapai kerana proses pemulihan ekonomi berjalan perlahan.

Veerinderjeet Singh.

“Kita tidak menjangka KDNK akan pulih ke paras 2019 sehingga separuh ke-2 tahun 2021. JIka ia tercapai sekalipun, KDNK hanyalah sekitar 8%, jauh lebih rendah daripada kadar yang boleh dicapai sekiranya wabak Covid-19 tidak berlaku.”

Namun demikian, pakar percukaian Veerinderjeet Singh berkata, jangkaan peningkatan hasil cukai itu munasabah dengan mengambil kira anggaran peningkatan pertumbuhan ekonomi.



“Dengan mengandaikan ia berjaya, saya percaya sektor perniagaan akan mencatatkan prestasi dan keuntungan lebih baik,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker