Boleh Dah Tempah ‘Kubur’ Di Bulan Dengan Harga….

Projek berkaitan bulan bukan lagi satu perkara asing kerana sebelum ini sudah beberapa perancangan telah dibuat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA)

Jika sebelum ini NASA bercadang untuk mencipta tandas di bulan, namun kali ini mereka telah menawarkan perkhidmatan pengkebumian.

Menurut laporan The New York Post, abu mayat tersebut akan dihantar ke bulan tahun depan, sebahagian daripada ditawarkan NASA.

NASA Jumpa Air Di Bulan, Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis USA

Servis berkenaan dijangka dilaksanakan pada bulan Julai 2021 dan turut dikendalikan oleh syarikat pengebumian ruang angkasa, Texas Celestis. Menariknya, abu mayat ini akan di bawa menuju salah satu wilayah bulan dikenali sebagai Lacus Mortis.

Difahamkan, sehingga hari ini hanya seorang manusia saja telah dikebumikan di bulan.

Individu tersebut adalah saintis planet, Eugene Shoemaker.

Pakej pengebumian pula dianggarkan berharga USD$ 12,500 (RM50,000).

Abu mayat ini akan dibawa ke permukaan Bulan oleh kapal angkasa yang dibuat oleh Astrobotic, sebuah syarikat robotik swasta AS.-GEMPAK
Sumber: The New York Post

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker