Covid-19 : 1472 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,472 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam tempoh sama, sebanyak 1,552 pesakit dilaporkan pulih.

Sementara itu, tiga kematian dilaporkan hari ini.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Selangor terus mengatasi negeri-negeri lain dengan 891 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 267 kes, Negeri Sembilan pula 146 dan Johor 68.



Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Pulau Pinang (29), Kuala Lumpur (26), Kedah (21), Perak (13), dan Sarawak (1).

Kelantan, Labuan, Putrajaya, Melaka, Terenggganu dan Perlis masing-masing tidak mencatatakan sebarang kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini iaitu; kluster View Kolombong di Sabah dan kluster Talang-Talang, juga di Sabah.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 184 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Highway, kluster Inai, dan kluster Jalan Meru.



“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 kluster melaporkan pertambahan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kluster Teratai yang dikaitkan dengan syarikat sarung tangan Top Glove sahaja pada hari ini telah melaporkan sebanyak 778 kes atau 52.9 peratus daripada keseluruhan jumlah kes harian untuk negara.

“Ia menyumbang kepada 87.3 peratus daripada kes harian yang dilaporkan di negeri Selangor,” katanya.

Dr Noor hisham berkata, sejak diumumkan pada 7 November lalu, sejumlah 6,603 individu telah disaring bagi kluster Teratai dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,056 kes telah dikesan positif Covid-19. Ini melibatkan 331 atau 6.5 peratus warga negara dan 4,725 atau 93.5 peratus kes adalah bukan warganegara.



“Sebanyak 1,501 individu dikesan negatif manakala 46 individu masih menunggu keputusan. Kesemua kes-kes positif ini telah diasingkan.

“Oleh itu, KKM menyambut baik pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan (Ismail Sabri Yaacob) bagi melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja kilang berkenaan bermula dari 1 Disember hingga 14 Disember,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa majikan berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan segala operasi dan menutup kilang secara berperingkat serta menjalankan saringan kepada semua pekerja mereka.

Katanya, secara keseluruhan dalam tempoh seminggu yang lalu, Malaysia menunjukkan jumlah pelaporan kes harian yang lebih stabil dengan sebahagian besar daripada kes kebelakangan ini berpunca dari tapak binaan dan kilang.



“Angka yang tinggi ini adalah susulan perluasan pengesanan kes secara aktif dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan di lapangan,” katanya.

Sementara itu, daripada keseluruhan 1,472 kes terbaru hari ini, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Status terkini COVID-19 setakat 1 Disember 2020



Jumlah sembuh baru: 1552 kes
Jumlah kumulatif discaj: 56311 kes (83.8%)

Jumlah kes baru: 1472 kes
Jumlah kumulatif: 67169 kes
Jumlah kes aktif: 10495 kes

Kes tempatan: 1467 kes
Kes import: 5 kes

Jumlah kematian: 3 kes (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 363 kes (0.54%)



Jumlah kes di ICU: 120 kes
Pesakit intubated: 44 kes

Perincian 1,472 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Disember 2020 adalah seperti berikut:

Selangor: 891 kes
795 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 267 kes
55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster View Kolombong dan Kluster Talang-Talang;
118 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
94 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 146 kes
144 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 68 kes
41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 29 kes
28 kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 26 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 21 kes
20 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Perak: 13 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 10 kes
Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dua kluster baharu di kesan hari ini di mana kedua-duanya di Sabah.

Dua kluster itu adalah Kluster View Kolombong melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran, dan Kluster Talang-Talang melibatkan daerah Kota Kinabalu.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker