Jodoh Tak Panjang Berpisah Akhirnya… Ini Kisah Penceraian 10 Artis Malaysia Sepanjang 2020

Setiap tahun pasti kes perceraian di kalangan selebriti dan sentiasa menjadi topik hangat di media sosial. Setiap kali ia berlaku, pasti nama artis yang terbabit akan trending di twitter.

Walaupun setiap pasangan suami isteri berusaha mempertahankan rumahtangga, namun beberapa pasangan artis di Malaysia ini akhirnya harus mengalah. Lagi-lagi pandemik Covid-19 ketika ini menjadi antara punca tekanan emosi dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2020, beberapa pasangan selebriti memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka. Murai MY telah menyediakan sedikit bingkisan mengenai 10pasangan artis yang bercerai di 2020.

1. Lufya & Che Hafiz

Foto: Iluminasi

Pelakon dan penyanyi Lufya dan Che Hafiz sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Laana Haura.

Ada khabar angin mengatakan punca perpisahan tersebut adalah kerana Che Hafiz menjalinkan hubungan sejenis. Namun Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum menepis dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menganggap ia sebagai fitnah.

2. Ammar Alfian & Nelissa Nezam

Pelakon kontroversi, Ammar Alfian dan Nelissa Nezam bercerai secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2020. Nelissa diarahkan oleh Hakim untuk membayar RM7,000 kepada Ammar sebagai proses tebus talak. Nelissa dan Ammar mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Terdahulu, dipetik dari BH Onlne, Nelissa pernah mendakwa bahawa Ammar  menipu dan berlaku curang. Ammar menolak tuduhan dan menganggapnya ‘fitnah’, sebelum akhirnya mengakui kenyataan Nelissa benar.

3. Opie Zami & Zamzarina Mohammed

Foto: Kosmo

Siapa menduga, rumahtangga yang dibina hampir 17 tahun akhirnya musnah. Pengarha terkenal Opis Zami atau nama asalnya Mohd Saufi Zami telah bercerai dengan Zamzarina Mohammed pada awal Oktober tahun ini.

Opie dan Zamzarina mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8.

Mengenai punca penceraian, Opis menganggap hal tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi. Dia berkata ini merupakan keputusan yang baik antara kedua belah pihak.

4. Sharifah Sakinah & Aliff Adha

Rumahtangga yang dibina sejak 2015 tidak berpanjangan selepas Sharifah Sakinah mengumumkan sudah bercerai dengan juruterbang Aliff Adha pada bulan Mei lalu yang lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha, 3.

Dipetik dari Kosmo, Sakinah mengakui telah menemui cinta baru dengan seorang jejaka kacak dan sado. Rasanya peminat dapat mengenal jejaka bertuah ini kerana Sakinah sering muatnaik gambar bersama di instagramnya.

5. Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran

Nampaknya perkahwinan kali kedua usahawan, Engku Emran menemui kegagalan. Pada bulan Julai yang lalu, Laudya Cynthia Bella, 32, mengesahkan dia sudah bercerai dengan Engku Emran.

Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan pasangan ini tidak dikurniakan anak.

6. Elly Arifin & Jiggy

Foto: Iluminasi

Wajah mereka berdua sentiasa muncul di kaca TV menghiburkan kita semua. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa pengacara dan pelakon, Elly Arifin dan pelawak Jiggy dari kumpulan Masin ada pasangan suami isteri. Namun pada pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, pada 30 Januari lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun Elly pernah mengalami keguguran pada September lalu.

7. Keith Foo & Kim Raymond

Tiada siapa yang boleh menyangka rumah tangga aktor Keith Foo & Kim Raymond yang dibina selama 5 tahun telah berakhir. Berita mengenai perceraian itu dijelaskan langsung oleh Keith Foo melalui BH Online yang mengatakan bahawa dia dan isterinya telah menamatkan perkahwinan sejak 2 tahun yang lalu.

8. Datuk Alha Alfa & Noor Azlin Ismail

Foto: Erin Sakura

Hanya mampu melayari bahtera perkahwinan selama hampir enam bulan, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa redha jodohnya dengan Datin Noor Azlin Ismail tidak berpanjangan. Alha menikahi Azlin di Taiping, Perak pada 28 September tahun 2020.

9. Jaclyn Victor & Shawn Rivera

Foto: Harian Metro

Pada awal Januari 2020, penyanyi terkenal Jaclyn Victor bercerai dengan suaminya, Shawn Rivera selepas lima tahun berkahwin. Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Rivera yang juga vokalis kumpulan R&B antarabangsa terkenal era 1990-an, AZ Yet.

Pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

10. Sheeda & Sukri Hashim

Foto: BERITA Mediacorp

Walaupun sudah bercerai sejak tahun 2019, penyanyi dangdut Sheeda bersedia untuk memaklumkan berita sedih itu kepada umum pada bulan Mac yang lalu. Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi binti M. Shahul Hameed berpisah dengan bekas suami, Sukri Hashim, 39 atas dasar pengorbanan.

Sebagai info, Sheeda dan Sukri yang merupakan seorang guru telah berkahwin pada sekitar 2007. Bersama Sukri dia telahg dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aiman. Hasil daripada perkahwinannya terdahulu, penyanyi ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hafizul Razli, Bienda dan Nurfazlinda Fazli.-Murai

‘Sekarang Satu Mahkamah Tahu Perangai Sebenar Dia’ – Ammar Alfian Dibenar Cerai Isteri Secara Tebus Talak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker