Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman, Cadangan Lanjutkan MoU Dengan Kerajaan -Zahid Hamidi

Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman, Cadangan Lanjutkan MoU Dengan Kerajaan -Zahid Hamidi

Cadangan pembangkang untuk melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) sehingga 2023 hanya memperlihatkan mereka mempunyai masalah dalaman dan tidak yakin berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu memberi peluang dan tempoh yang panjang kepada pembangkang menguatkan barisan mereka.



Beliau berkata, perkara itu antara lain hanya akan menguntungkan pembangkang memandangkan MoU terbabit sepatutnya berkahir pada 31 Julai sebelum PRU15 dilaksanakan.

“MoU yang ditandatangani oleh mereka akan berakhir pada bulan Julai, malah salah stau perkara dipersetujui oleh mereka mesti diadakan (PRU) selepas Julai.

“Kenapa mereka berubah pendirian untuk mengadakan (PRU) kononnya hingga akhir tahun 2023? Ertinya mereka ada masalah dalaman… ertinya mereka tidak yakin… ertinya mereka ditolak oleh rakyat.

“Pada hemat saya, jangan beri peluang yang panjang untuk mereka membetulkan keadaan, jangan beri peluang yang secukupnya untuk mereka menyusun barisan mereka,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan MIC Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini, pada Jumaat.



Turut hadir Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah; Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Tan Hiang Kee.

Semalam, di Parlimen, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menyarankan Ismail Sabri agar melanjutkan MoU atau diubah kepada MoU 2.0 dengan alasan COVID-19 yang belum reda membuatkan ia bukan masa yang sesuai mengadakan PRU15.

Bahkan, kata Anthony, kemunculan varian Omicron juga antara sebab PRU perlu ditangguhkan memandangkan beberapa calon termasuk dari DAP dijangkiti COVID-19 pada PRN Johor.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid enggan perkara yang berlaku pada PRU14 berulang apabila PRU ketika itu ditangguhkan hampir setahun sehingga menyebabkan faktor ‘feel good’ akhirnya hilang dalam kalangan pengundi.-AA



Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman, Cadangan Lanjutkan MoU Dengan Kerajaan -Zahid Hamidi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker