Awie, WMGS Anjur Tahlil Buat Allahyarham Mamat Khalid “Kita Ada Silaturahim Yang Lain”

Awie, WMGS Anjur Tahlil Buat Allahyarham Mamat Khalid “Kita Ada Silaturahim Yang Lain”

Sebagai tanda ingatan kepada pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid, penyanyi dan pelakon, Datuk Awie bersama beberapa artis dan ahli Wings Motor Gang Society (WMGS) menganjurkan majlis tahlil di Masjid Kampung Paloh, Ipoh, selepas solat Jumaat.

Turut hadir bersama kira-kira 50 ahli WMGS dari seluruh negara ialah balu Allahyarham, Hasmah Hassan dan keluarga.



Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, majlis itu adalah sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang merupakan Ahli Kehormat WMGS di samping dua lagi ahli mereka yang telah meninggal dunia.

“Kita memegang tiga peranan atau tonggak utama – silaturahim, ekonomi dan kebajikan. Maka, ini adalah salah satu daripada silaturahim yang kita bina dan kita tidak akan buang mereka walau mereka telah tiada. Mereka tetap di hati, insya-Allah.

“Banyak kenang-kenangan yang sukar saya nak lupakan. Antaranya, adalah apabila tercetusnya idea hendak buat Zombie Kampung Pisang pada peringkat awalnya. Dari situ mengenali hati budi dan selepas itu dia tengok saya macam OK untuk berkawan dengan dia dan (hubungan baik itu) berterusan dan berterusan, sampailah (ke projek filem) Hantu Kak Limah,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, menurut Awie, buat masa ini beliau terlibat di dalam produksi Enjit-Enjit Semut, milik keluarga Allahyarham Mamat, yang kini diterajui anaknya, Mohd Khalid Amen.

“Insya-Allah jika ada di masa hadapan, kalau mereka panggil untuk yang lain, insya Allah kita akan teruskan.



“Silaturahim saya bukan sekadar atas dasar perfileman. Saya dengan Abang Mamat ada silaturahim yang lain. Bukan kerana filem, bukan kerana kerja, kita ada silaturahim yang lain.

“Maka, insya-Allah, saya doakan semoga anaknya, Amen, dapat meneruskan perjuangan yang Abang Mamat bawa dalam filem,” katanya.-AA

Awie, WMGS Anjur Tahlil Buat Allahyarham Mamat Khalid “Kita Ada Silaturahim Yang Lain”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker