Nama Tomok trending di Twitter
Tomok imbau nostalgia New Boyz
Nama Tomok trending di Twitter
Biarpun penyertaaannya sebagai peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada awalnya mencetuskan rasa kurang senang segelintir netizen, namun tuah nampaknya memihak kepada Tomok selepas persembahannya pada minggu pertama program tersebut malam tadi dipuji ramai.
Dia membuat kejutan apabila menduduki tempat ketiga di belakang dua peserta terbaik iaitu Jaclyn Victor dan Shila Amzah sehingga membuatkan namanya trending dalam Twitter.
Rata-rata netizen memuji persembahan vokalis kumpulan New Boyz itu yang sekali gus mengimbau kenangan ketika zaman kegemilangan lagu-lagunya.
Terharu melihat sokongan positif yang diterimanya daripada netizen dan peminat, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail meluahkan rasa syukur atas reaksi ramai.
“Alhamdulillah, baik atau sebaliknya saya ambil. Terima kasih,” tulisnya ringkas dalam satu hantaran Instagram.
Penyanyi berusia 38 tahun itu turut memuat naik tangkap layar ruangan memaparkan isu atau subjek yang menuai trending dalam Twitter dengan namanya memiliki jumlah 2,712 ciapan.
Selain Twitter, persembahan Tomok yang menyanyikan medley dua buah lagu popularnya iaitu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang turut trending dalam TikTok.
Ramai peminat menyuarakan rasa teruja melihat penyanyi yang mula aktif bernyanyi sejak berusia belasan tahun itu beraksi selaku salah seorang peserta sekali gus mengimbau nostalgia zaman popularnya bersama New Boyz.
“Siapa-siapa yang membesar satu zaman dengan New Boyz saja tahu macam mana Tomok punya fenomena dulu. Rindu zaman sekolah,” luah seorang peminat.
“Budak zaman 1980-an mana? New Boyz satu fenomena zaman kita,” kata seorang lagi peminat.
Minggu pertama GV9 yang berlangsung malam tadi menyaksikan Tomok mengutip sebanyak 84.1 peratus dan menerima komen positif daripada juri profesional, Datuk Syafinaz Selamat.
Shafinaz melabelkan bapa kepada tiga cahaya mata itu sebagai seorang ‘fighter’ dan akan selalu berjuang berhabis-habisan.
GV9 menampilkan persaingan sengit 13 peserta terdiri daripada Jaclyn, Shila, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Asheed Def Gab C, Pat Candy, Tom, Kumpulan VE, Haida Hasnan, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman. K Online
Nama Tomok trending di Twitter
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?