Covid-19 : 52 kes baru hari ini

52 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 36 daripadanya direkodkan di Sabah, sekali gus menjadikan negeri itu kembali mencatatkan kes harian paling tinggi.

Daripada jumlah itu, 40 merupakan penularan tempatan dan 12 kes import.

Tiada kematian baru direkodkan hari imenjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 130 orang.

Terkini COVID-19; 20 Sept 2020

Jumlah discaj baru:40
Jumlah kumulatif:9355 (91.55%)

Jumlah kes baru;52
Jumlah kumulatif:10219
Jumlah kes aktif:734

Kes tempatan: 40(26WN, 14BWN)
Kes import: 12(3WN, 9BWN)

Jumlah kematian:0
Jumlah kumulatif:130 (1.27%)

Kes di ICU:10
intubated:2

Satu lagi kluster baru Covid-19 dikesan berikutan penularan wabak itu di negara ini.

Kluster baru yang dikenali sebagai kluster Ara dikesan di Pulau Pinang.

“Di Pulau Pinang terdapat kluster baru Covid-19, iaitu kluster Ara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun. Fmt

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker