Kerajaan meterai perjanjian dapatkan 12.8 juta dos vaksin bagi 6.4 rakyat
PETALING JAYA: Kerajaan sudah memeterai perjanjian awal dengan syarikat Pfizer untuk dapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 untuk menampung imunisasi 6.4 juta rakyat, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, syarikat itu masih perlu mendapatkan kelulusan FDA, NPRA dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum vaksin itu boleh digunakan di Malaysia.
Selain Pfizer, Malaysia juga memeterai perjanjian dengan fasiliti Covax untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi 10% rakyat Malaysia.
You must be logged in to post a comment.