Benar pengeluaran RM10,000 untuk raih sokongan pemimpin Umno – Ahli Parlimen PKR

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan memperluaskan pengeluaran maksimum RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 8 juta pendeposit akan meletakkan kumpulan itu dalam keadaan kewangan yang tertekan, kata wakil pembangkang.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, beliau mengunjurkan jumlah aliran masuk bersih KWSP pada 2021 adalah RM20 bilion, iaitu dengan mengambil kira deposit sebanyak RM70 bilion ditolak dengan pengeluaran RM50 bilion.

“Kementerian Kewangan memberi angka yang tidak masuk akal, iaitu RM80 bilion aliran masuk bersih. Mungkin dia ( Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz) maksudkan hanya aliran masuk tanpa mengambil kira aliran keluar.



“Jika dia teruskan cadangan untuk membenarkan 8 juta pendeposit mengeluarkan RM70 bilion pada 2021, KWSP perlu meningkatkan dana sebanyak RM50 bilion dan dengan bebanan itu, defisit kerajaan dijangka berjumlah RM85 bilion pada 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, Tengku Zafrul berkata, KWSP merekodkan RM80 bilion aliran masuk dengan aset terkumpul sebanyak RM960 bilion selepas Wong menegaskan bahawa kumpulan wang pekerja itu dijangka mencatatkan hanya RM20 bilion aliran masuk bersih pada 2021.

2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib



Mengulas lanjut, Wong berkata, bagi menanggung defisit itu, kerajaan perlu menerbitkan sukuk dan bon berjumlah RM85 bilion dan kebiasaannya KWSP akan membeli 25% daripada sukuk dan bon berkenaan.

“Oleh itu, KWSP perlu mencari tambahan RM21 bilion untuk melaksanakannya, menjadikan jumlah beban kewangan KWSP sebanyak RM71 bilion, iaitu RM50 bilion pengeluaran dan RM21 bilion untuk membeli sukuk dan bon. Itu jumlah yang besar,” tegasnya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan harus memperincikan dan mengubah mekanisme pengeluaran khas KWSP itu kepada kaedah lebih munasabah.

“Tindakan yang disengajakan ini akan memberi kesan negatif kepada pasaran dan memberi tekanan tidak perlu terhadap kelestarian KWSP untuk membayar dividen tahunan sebanyak 6% yang disasarkan.



“Mengapa kementerian teruskan perkara ini? Adakah hanya kerana ingin menjaga hati pemimpin Umno?

“Jika dia tidak mahu mendengar alasan, maka saya ingin meminta pemimpin Umno memberitahu Kementerian Kewangan bahawa cadangan itu adalah berlebihan dan mendesak beliau (Tengku Zafrul) untuk mengkaji semula,” katanya.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan.. Siri II



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker