Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan.. Siri II · MYKMU.NET

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan.. Siri II

Share

 

Baca terdahulu:

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan..

Memang benar kita tak akan luluskan pengeluaran RM10k dari akaun 1 KWSP jika BN masih memerintah.

Atau lebih tepat, kita tak luluskan dulu dan akan pertimbangkan mengikut keadaan setelah membayar BR1M yang mencukupi.

Sebab jika kerajaan BN masih memerintah, kita tak mansuh GST dan tak bagi 3 bulan tax holiday sebagaimana PH dah buat.

Kita tak naikkan nisbah hutang negara (yang semakin menurun sebelum PRU14) dari 48.7% kepada 54.4% dalam tempoh 22 bulan gagalkrasi PH.

Apa yang rakyat dan negara dapat selain harga barang naik sekali lagi bila sistem cukai tukar dan jawapan Guan Eng dalam parlimen bahawa dia tak pernah kata SST ganti GST akan turunkan harga barang?

Akibatnya, hasil negara tak terjejas dan kita tak naikkan defisit negara untuk 2 tahun berturut-turut (BN turunkan defisit untuk 8 tahun berturut-turut), tak tambah RM140 bilion hutang negara dan tak perlu jarah RM84 bilion dari Petronas.

Rejim Gagalkrasi| Kerajaan PN tidak boleh biarkan golongan B40 dan M40 bertambah susah- Najib

Petronas cuma bayar dividen biasa sebanyak RM16 bilion setahun seperti dalam tahun 2016 dan 2017.

Dengan penjimatan itu, kerajaan mampu umumkan BR1M sebanyak RM5,000 untuk golongan B40 dan RM3,000 untuk M40 untuk lawan Covid.

Apakah RM5,000 bagi B40 dan RM3,000 bagi M40 untuk melawan Covid sedangkan pada tahun 2018 tanpa krisis Covid, kerajaan BN dah umum beri RM2,000 bagi B40 dan RM1,500 bagi M40?

Lalu, Guan Eng janji akan tetap beri BR1M sebanyak RM2,000 bagi tahun 2018 bila PH menang PRU14. Tapi bila menang, PH kencing Rakyat. Janji BR1M RM2,000 entah hilang ke mana sebab Rakyat perlu ikat perut dan tiada lagi istilah wang percuma.

“4 Mei 2020: PH will give RM2,000 in BR1M payments”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/ph-will-give…/

Hong Kong beri HK$10,000 dan Amerika Syarikat beri US$1,2000 kepada setiap warga dewasa dalam usaha mereka melawan krisis ekonomi Covid.

Sebab itu, BR1M sebanyak RM5,000 bagi B40 tak keterlaluan.

Lagipun, kerajaan akhirnya akan menerima manfaat apabila wang itu digunakan dalam ekonomi tempatan melalui pelbagai cukai yang dikutip.

Mari kita kira:
RM5,000 X 4 juta isi rumah B40 = RM20 bilion.
RM3,000 X 4 juta isi rumah M40 = RM12 bilion.

Jumlahnya RM32 bilion – iaitu jauh di bawah RM84 bilion wang Petronas dijarah dan RM140 bilion hutang negara ditambah PH.

Jika tak cukup, baru kita timbang pengeluaran one-off dari KWSP atau bayaran BR1M tambahan.

Lalu, RM2 bilion juga akan diperuntukkan untuk program “Free Testing” bagi setahun di mana sesiapa yang mahu mendapat saringan Covid akan diberi secara percuma di mana-mana hospital dan klinik kerajaan atau swasta.

Lebih banyak saringan dibuat masyarakat umum, lebih mudah untuk membendung penularan Covid.

Saya hanya cadangkan pengeluaran RM10k KWSP ini pada masa kini sebab saya bimbang saiz bajet tahun 2021 yang cuma 2.5% lebih besar berbanding bajet 2019 bawah PH masa tiada Covid tak cukup besar untuk memastikan kitaran wang dalam ekonomi negara terpelihara demi menyelamatkan perniagaan-perniagaan dan pekerjaan Rakyat.

Itupun dorang tuduh saya populis dan nak berlagak hero.

Leave a Reply