Belanjawan 2021: Kenapa Kerajaan masih berkira-kira untuk rakyat?

Secara keseluruhan, Belanjawan 2021 kelihatan komprehensif kerana menyentuh semua sektor kritikal termasuk memfokuskan golongan B40 serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sungguhpun begitu, belanjawan terbesar membabitkan RM322.5 bilion yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lepas, tiada ‘wow factor’ – istimewa – yang boleh dibanggakan.

Ini kerana, jika dilihat kadar bantuan kepada kumpulan isi rumah dan individu bujang, kerajaan masih lagi berkira-kira untuk berbelanja lebih rakyat.

Peruntukan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak jauh beza dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) dari sudut jumlah per keluarga walaupun jumlah kumulatif meningkat RM1.5 billion dari tahun lepas.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan..

Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula hanya terhad kepada RM500 untuk 12 bulan sedangkan ia adalah wang simpanan pencarum sendiri dan bukannya bantuan bersasar kerajaan.

Selain itu, Program Subsidi Upah bersasar terhad kepada RM600 setiap pekerja berkurang berbanding RM1,200 ketika Prihatin PKS Plus, sedangkan program berkenaan penting kerana dianggarkan 850,000 orang akan kehilangan pekerja dan akan terus meningkat jika bantuan kerajaan tidak mencukupi.

Dalam tempoh yang sukar ini, pemerhati politik, Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz berkata, kerajaan perlu bersifat pemurah dengan memberikan lebih banyak wang secara terus kepada golongan yang susah dan terkesan dengan COVID-19.

Tujuannya supaya mereka dapat berbelanja dan seterusnya merangsang ekonomi, jelas beliau.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan.. Siri II

“Ini juga boleh dilihat apabila kerajaan cuba untuk mengurangkan kadar defisit daripada 6 peratus kepada 5.4 peratus menggambarkan seolah-olah kerajaan amat berhati-hati dalam perbelanjaan.

“Kemungkinan teori ekonomi berkenaan defisit adalah tidak relevan dalam mendepani situasi yang luar biasa ini,”

Bagaimanapun katanya, inisiatif bagi sektor pertanian serta pendigitalan dalam belanjawan bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ wajar dipuji.

“Namun ada beberapa inisiatif yang harus dipuji seperti memperkukuhkan sektor pertanian dan pendigitalan yang amat perlu dalam menghadapi situasi COVID-19,” katanya.

Belanjawan 2021: Penentuan nasib rakyat dan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker