BN akan tolak perbelanjaan sekiranya pengeluaran KWSP dirumitkan
Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) bersangka baik bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.
Oleh itu, beliau meminta rakyat bersabar seketika dan memberi sedikit ruang bagi KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baharu bagi skim yang telah ditambahbaik pagi ini.
”Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.
”Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi ini. Hanya dipersetujui KWSP dan Menteri Kewangan pagi hari ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Bagaimanapun, Najib berkata, jika proses pengeluaran masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa.
Jika bajet diluluskan sepenuhnya tetapi kerajaan masih tidak tepati janji mereka kepada rakyat, Najib berkata, beliau dan BN masih ada cara serta jalan untuk menuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini.
“Seperti yang saya sebut tadi, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, Pemuda UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya.
”Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah.
“Jika komitmen serta janji Kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut,” ikrarnya. MG
Program i-Sinar diperluas kepada 8 juta pencarum KWSP yang terjejas
You must be logged in to post a comment.