Covid-19 : 935 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Jumlah pesakit baru Covid-19 kekal pada tiga angka hari ini apabila sebanyak 935 kes dicatatkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah, sebahagian besar kes tersebut direkodkan di Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada masa sama tiga kematian dicatatkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyatakan ada 2,555 kes sembuh direkodkan.

Ia menjadikan jumlah kes sembuh tertinggi setakat ini.



Perkembangan itu menjadikan kes aktif ketika ini ialah sebanyak 11,348 dan jumlah kes sembuh sebanyak 49,056.

Kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi pula ialah sebanyak 110.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 26 November 2020, kes baharu harian COVID-19 di negara kita adalah sebanyak 935 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 60,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,348 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,555 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Status terkini COVID-19 setakat 26 November 2020

Jumlah sembuh baru: 2555 kes
Jumlah kumulatif discaj: 49056 kes (80.7%)



Jumlah kes baru: 935 kes
Jumlah kumulatif: 60752 kes
Jumlah kes aktif: 11348 kes

Kes tempatan: 931 kes
Kes import: 4 kes

Jumlah kematian: 3 kes (3WN, 0BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 348 kes (0.57%)

Jumlah kes di ICU: 110 kes
Pesakit intubated: 45 kes



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 26 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 260 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 161 kes baharu hari ini (158 tempatan, 1 import B dan 2 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH HULU LANGAT (5 KES)



Ampang – 1 kes lokal
Saringan Swasta – 1 kes

Beranang – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

Hulu Langat – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Kajang – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes



DAERAH KLANG (41 KES)

Kapar – 28 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 12 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 8 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Pra-pembedahan – 2 kes

Klang – 13 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 4 kes

DAERAH KUALA LANGAT (4 KES)

Tanjung Dua Belas (1) – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Telok Panglima Garang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Import A (Nepal) – 1 kes
Import A (Riyadh) – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (6 KES)

Ijok – 3 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes

Jeram – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes

Kuala Selangor – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 1 kes

DAERAH PETALING (81 KES)

Bukit Raja – 6 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 6 kes

Damansara – 65 kes lokal, 1 import B
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 63 kes
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes

Petaling – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes

Sungai Buloh – 4 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (HCW) – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

DAERAH SEPANG (24 KES)

Dengkil – 18 kes lokal
Saringan Bergejala (HCW) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 15 kes

Labu – 6 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker