Belanjawan2021 : PN jangan seronok dulu, kata Anwar

Terlalu awal untuk PN rayakan kemenangan, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih terlalu awal untuk meraikan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar.

“Terlalu awal untuk PN rayakan kemenangan,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu kepada pihak media.



Turut berada di sampingnya ialah Mohamad Sabu (AMANAH-Kota Raja) dan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang masing-masing merupakan Presiden dan Setiausaha Agung parti.

Bahkan, hanya 13 Ahli Parlimen dari Pejuang dan AMANAH yang bangun menyokong cadangan Mahfuz Omar (AMANAH-Pokok Sena) untuk undian belah bahagi (en bloc).

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kapar) pula dilihat pada mulanya bangun untuk menyokong Mahfuz.

Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya duduk selepas menyedari kebanyakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak berbuat demikian.



Beberapa Ahli Parlimen PKR dan DAP yang dihubungi media juga enggan menjelaskan sebab mereka tidak menyokong cadangan undian belah bahagi.

“Anda tanya Port Dickson (Anwar),” kata seorang Ahli Parlimen dipetik Malaysiakini.

Ekoran itu, rata-rata penyokong PH berang dan tidak puas hati dengan pendirian Ahli Parlimen PKR dan DAP yang sebelum ini dilihat berdegar-degar mengkritik Belanjawan 2021.

Pengundian hari ini masih di peringkat dasar dan akan disusuli perbahasan selama dua minggu seterusnya undian di peringkat jawatankuasa yang melibatkan kesemua kementerian.



Bacaan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 dijadualkan pada 17 Disember depan. MD

Warganet tertanya kenapa pembangkang tak sokong belah bahagi untuk Belanjawan 2021



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker