[Video] Suasana pilu sambut jenazah anggota PGA

TAPAH: Suasana pilu menyelubungi Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, di sini apabila jenazah anggota PGA yang maut ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand tiba kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Jenazah mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, disambut kira-kira 200 ahli keluarga, rakan setugas dan sahabat handai yang masih terkejut dengan insiden berkenaan.

Mendiang sebelum itu menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star, Kedah.



Jenazah selepas ini akan dibawa ke Bahau, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA

Jenazah mendiang dibawa ke Klinik Batalion 3 untuk memberi peluang kepada ahli keluarga, rakan setugas dan sahabat terdekat melihat dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Sementara itu, anak sulung Baharudin, Shahrul Affendy, 32, berkata sebelum ini bapanya sering memberitahu bahawa dia mungkin ditembak ketika bertugas, namun tidak menyangka ia menjadi kenyataan.

Katanya, bapanya sering bercerita mengenai risiko bekerja sebagai anggota polis.

“Kami sentiasa berpesan supaya dia berhati-hati dan tidak sangka apa yang dikatakannya itu benar-benar terjadi hari ini,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Batalion 3 PGA di sini.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker