3 warga Thai antara 18 lelaki direman dalam kes tembak anggota PGA

KANGAR: Seramai 18 lelaki, termasuk warga Thailand yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan penyeludup di Padang Besar, sempadan Malaysia-Thailand, direman bermula hari ini.

Tiga warga Thailand direman 7 hari sehingga 1 Dis ini, manakala 15 warga tempatan direman 4 hari sehingga 28 Nov ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.



Mereka yang berusia 19 hingga 37 tahun itu dibawa ke bilik reman dalam keadaan bergari kira-kira 8.50 pagi tadi.

Dalam insiden awal pagi semalam, Baharuddin Ramli, 54, terbunuh dan rakannya, Norihan a/l Tari, 39, cedera parah apabila berbalas tembakan dengan penyeludup kira-kira 600m dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Surina Saad ketika dihubungi berkata, tangkapan 18 individu itu dilakukan di Perlis semalam, membabitkan 2 siri tangkapan.



“Tangkapan pertama dilakukan pada 7 pagi, manakala tangkapan ke-2 pada 9.30 pagi.”

Baharuddin, daripada suku kaum Semelai, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Norihan sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker