Empat pondok pengajian agama, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

Terkini di My KMU !!!!---->

Empat buah pondok yang dijadikan sebagai tempat pengajian di Kampung Kepala Bukit, Kampung Tualang, Pokok Sena, Kedah musnah dalam satu kejadian kebakaran hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 3.37 petang dan disedari pengajar di pondok tersebut.

Menurutnya, sebaik anggota bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan menyambar pondok bersebelahan.

Katanya, kesemua pondok berkenaan adalah jenis kelas B yang mana tiga daripadanya merupakan pondok dua tingkat dan sebuah lagi merupakan rumah setingkat.

Turut musnah dalam kebakaran itu ialah tujuh buah kenderaan yang berada di babagian bawah pondok dua tingkat berkenaan.

Kenderaan yang musnah antranya, ialah dua buah kereta iaitu Naza Kia dan Proton Saga termasuk lima buah motosikal yang musnah 98 peratus.
“Mujur ketika kejadian kesemua mangsa sempat berlari keluar dari pondok yang terbakar itu.

“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik JBPM Kedah,” kata Mohamadul Ehsan.

Kerja pemadaman melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Alor Setar bersama tiga jentera. Awani

Bawa mayat naik motosikal

Leave a Reply