Kantoi Padah Bergaya Kereta Klon…

Kuala Lumpur: Tindakan dua lelaki dan seorang wanita memiliki kereta klon yang dibawa masuk dari Singapura mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Op Kenderaan Klon, Rabu lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 45 tahun ditahan di Banting dan Kajang, Selangor serta Rembau, Negeri Sembilan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun bersama kereta Honda Civic di sebuah rumah di Banting pada 3 petang.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati nombor casis dan enjin kereta itu didaftarkan di atas sebuah kenderaan lain.

“Bertindak atas maklumat, polis menyerbu sebuah bengkel di Taman Bukit Mewah, Kajang dan menahan lelaki warga Indonesia berusia 29 yang bekerja di bengkel terbabit pada 6 petang.



“Pemeriksaan ke atas kereta Audi A4 mendapati ia adalah kenderaan klon dan polis turut menemui sebuah kereta Mini Cooper S dalam keadaan mencurigakan di bengkel itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nadzri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kereta Mini Cooper S adalah kenderaan klon milik seorang wanita yang dihantar untuk dibaiki selain dijual.

Katanya, berikutan itu polis menahan wanita berusia 36 tahun itu di Rembau, Negeri Sembilan pada 7.10 malam.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya-HM



Siapa cakap saya guna dana Macau Scam, marah Chacha Maembong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker