[VIDEO] Ikut Adat Bugis Makasar, Ini Sekitar Majlis Pernikahan Anak Bunda Hetty Koes Endang · MYKMU.NET

[VIDEO] Ikut Adat Bugis Makasar, Ini Sekitar Majlis Pernikahan Anak Bunda Hetty Koes Endang

Share

Penyanyi terkenal Indonesia iaitu Hetty Koes Endang telah memuat naik beberapa video dan foto majlis perkahwinan anak perempuannya iaitu Afifah Qomariah Yusuf dengan pasangannya Faldo Arsa da Aziz semalam.

Dalam majlis pernikahan yang dijalankan secara sederhana, tertutup dan mengikut protokol di Jakarta itu, Afifah sah menjadi isteri kepada Faldo hanya dengan sekali lafaz. Tahniah!

Cantiknya!

Menerusi laporan Hot.detik.com, Afifah menerima mas kahwin yang merupakan sepersalinan alat solat, satu set perhiasan emas berlian dan wang tunai 88 Saudi Riyal. Majlis perkahwinan yang diadakan itu telah dihadiri rakan artis seperti Inul Daratista, Soimah Pancawati, Irfan Hakim, Ramzi dan beberapa lagi artis ternama di Indonesia.

[ VIDEO] Upacara Akad Nikah

View this post on Instagram

A post shared by Hetty Koes Endang (@hke57)

Sumber: Hetty Koes Endang & Hot.detik.com

Kredit: OhBulan

Pelawak Sule Menikah Kali Kedua, Beri Isteri Mualaf Mas Kahwin RM58 Ribu & 75 Gram Emas

Leave a Reply