Pejuang bagi 12 syarat untuk sokong Belanjawan 2021

Share

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi 12 syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ahli parlimen parti itu menyokong Belanjawan 2021.

Mukhriz Mahathir (Bebas- Jerlun) yang juga presiden penaja Pejuang berkata, pihaknya nekad untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya beberapa pindaan yang dikemukakan tidak dilayan.

Antara 12 syarat yang dikemukakan termasuk lanjutan moratorium dan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti mana dibangkitkan BN.

“Kita nekad untuk menolak Belanjawan 2021 jika tiada perbahan terhadap syarat kami kemukakan.

“12 syarat supaya kerajaan tak boros berbelanja dalam situasi ketika ini,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara 12 syarat yang dikemukakan Mukhriz ialah menunda pembinaan membabitkan premis bangunan kementerian.

Mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat daripada RM7.9 bilion kepada RM11 bilion.

Pejuang juga kata Mukhriz mahu kerajaan menunda kesemua projek mega dan memberi tumpuan kepada projek-projek kecil.

“Kurangkan jumlah menteri kabinet dan turunkan gaji menteri, timbalan menteri kalau boleh sehingga 30 peratus.

“Tambah belanjawan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk penyakit tidak berbangkit, walaupun kita bergelut dengan Covid-19, tidak bermakna penyakit lain hilang begitu saja,” katanya lagi.

Dalam pada Nazri Aziz (BN- Padang Rengas) menyatakan kesediaannya bagi menyokong belanjawan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, pelanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 caruman KWSP wajar dipertimbangkan kerajaan.

“Seperti mana yang lain, seperti Arau, Pekan, kita menyokong bajet ini dan kita minta dua perkara iaitu lanjutan moratorium dan pengeluaran caruman KWSP diberi pertimbangan,” katanya. Mk

Muhyiddin didakwa elak jumpa Umno bincang syarat baru?

Leave a Reply