Mahathir sertai Muafakat Nasional?

Mahathir sertai Muafakat Nasional?

Muafakat Nasional (MN) dijangka mengadakan perjumpaan dengan Dr Mahathir Mohamad minggu depan.

Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN, Khairuddin Abu Hassan, berkata dalam perjumpaan itu nanti, Presiden MN Annuar Musa akan berbincang dengan Mahathir berhubung hala tuju pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.

“Perjumpaan ini penting kerana Tun Dr Mahathir (pernah) berkata kita kena duduk semeja dan perlu menganjurkan penyatuan dan perpaduan secara total di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Muafakat Nasional bertajuk ‘Muafakat Demi Negara’ di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Melor, di sini, semalam.

Antara panel yang hadir pada wacana itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Nassuruddin Daud dan pendakwah serta penceramah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Semalam Mahathir mengumumkan keluar dari parti Pejuang yang mana anaknya Mukhriz adalah presiden parti tersebut.

Mahathir sertai Muafakat Nasional?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker